Thursday, June 26, 2014

Alhamdulillah 'alaa kulli haal.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
Hari ni ada sesi klinik dgn seorg Dr yg mmg sy suke sbb Dr ni seorg yg lembut, baik, and suka bg asihat. Td, dia cite2 la pengalaman dia and bg kiteorg nasihat.

Dulu, Dr ni stadi kat London and dia ckp mostly kat sana ramai org pakistan or indian muslim (50%).. Dr kate dorg2 ni bile start ambil medik, dorg akan start hafal al-Quran. Berbeza kan dgn kite? Menjadikan ambil medik tu sbg alasan x mau hafal al-Quran apetah lg bace al-Quran. Yg bestnye depa2 ni la yg terror2 kat sana. Sebab bile diri dh biasa bace and hafal al-Quran, once dorg bace medicine, zuuuupp, senang ja nak masuk kepala and ngafal.

Bile dorg graduate, at least dh hafal lebih separuh al-Quran. Ade yg ckp susah la ngafal ni, nnt nak kene jaga tu ini mkn etc etc. So what? Bukan lg baguss ke? Bukan itu ke yg make u a better person? (Kate Dr) betul gak, x kan lah lps dh ngafal, kite nak minum arak. O.o   ye dak?

First, ambil medik ni kene bukak minda, hati. Trust me, setiap org yg ambil medik ni adelah org yg terpanggil utk buat noble job. Why? Sbb once u dh masuk this course, u need to sacrifice urself, ur family.... Kalau rase dgn amik medik ni leh kaya raya, tu salah. This need a lot of sacrifice.

Utk gegurl2 yg amik medik kat.luar sana, tetapkan niat anda utk jd specialist atau Dr klinikal nnt. Jgn nnt dh hbs degree, kawen, pastu stop. Bukan apa, mcm Dr ni ckp, mmg la mula2 tu pikir nak beranak time bile, nak jaga anak lg. Ingat, niat kite nak tolong org. InshaaAllah, Allah akan pemudahkan segala urusan kite. Itu PASTI. He is the ONLY ONE that we can depend on.

Apa2 pon iringkan usaha dgn doa. It need to be both. Kalau usaha shj x cukup. Kalau doa shj tanpa usaha pon x cukup. Buat pape pon niat mesti lillahi taala. Setiap bidang pasti ade thp yg mana kite rase susah giler. Bukan medik ja. So, do ur best. Keep praying. Salam jumaat. Jom bace surah al-Kahfi. :)


Saturday, May 31, 2014

geriatric. gerontology. elderly. warga emas.

Salamualaikum wbt. Lama dh x tulishh blog. Byk je draft dh buat, tp satuu pon x siap lg. Haha. Bak kate org, otw. Entah bile nak end the wayy. Kekeke. Btw, 3 minggu lepas baru start sem baru and semalam dh hbs satu minor posting, geriatric posting. Bhs mudahnye elderly atau warga emas...

Byk kot belaja dr mereka...drpd penyakit yg mereka hadapi smpailah ke pengalaman mereka alami. Sungguh, mcm2 mereka ajar. Ade sekali tu, rase dh masuk orthopaedic posting lak. Siap terang pathophysiology kottt! 

 Ok, first day masuk posting ni, perghh. Blurr tahap hbs laah. Lab coat x bwk, tup tup kene g ward round. Al maklumlah mood holidayy x hbs lg. So, our group decide x yah pegi, cuti one day. Yabedabiduuu. Hhaha. So, hr berikutnya adelah ward round. And setiap kali ward round, mesti ak plg lambat. Maluuuu seyh. Anak dara ape cenggini. -.-' (geleng kepala smpai sakit tengkuk). 

So, lama2 tu dh boleh adapt... Hehe. Then, minggu kedua ade lecture dr pg smpai tghr. Ade yg 5 jam straight. Fuhh, penat tahan mata dr tido. Ade sekali tu mmg tido x sedar diri.. Haahaha, sbb tmpat tersorok sgt kottt. (Alasan betul). Then, hr jumaat tu tibalah hari melawat rumah warga emas. Jeng3. Nak jadikan citer, ak imagine tempat tu xdelah besar and selesa, bukannye nak judgemental, tp ak penah pergi sebelum2 ni buat program. Then, smpai2, terus terbeliak mata. Dh mcm tahap hotel dh. Sat2, nk tunjuk gambar. 

 ** ni kat entrance rumah warga emas, dr tepi, si tinggi lampai, keshie, mek jah, nonie, mia, and dak selekeh skali tu tuan ni punya blogg **

** ni kat laman, lawa kan?? Tenang ja tgok**

**ni gambar dari bilik ke bilik, lawa and plg penting bersih...!**



** ni pulak kat tmpat makan. Perasan tak kat tapak kaki kerusi makan, ade bola tenisss beb! Sbb x nk bg ade bunyi bile tarik, kreatif kan!**

** ni gambar bile di zoom zoom punye**


MashaAllah, lawanya. Bagussnye. Yg plg best, kate sister kat sini, all of this is from donation. So, the elderly sitting here is free of charge.

Rase sebak, terkilan bagai. Jujurnya, knapa tiada tempat utk muslim pon cmni. Padahal, kite sudah digalak utk menyedekahkan kpd org yg memerlukan. Dan yg motivate ak sgt2, bile tgok ade doktor volunteer kan diri utk mberi medical check up atau treatment utk penduduk kat sini. Serius, nnt one day hopefully ak pon cenggitu, xdelah buat tahi mata jaaa. Pfftt.

Ok, back to the track, lps dh buat lawatan smbil belaja kat sana, kiteorg diberi tugasan utk interbiu salah sorg warga emas. And i have chosen aunty ritaa! Time ni, aunty rita tgh melukis. We asked her about her medical status, and sbb apa dia masuk sana. Pjg kot kalau nak cite. Hehe.
**ni antara lukisan yg aunty rita lukis.. Nampak mcm real logo kan?**

Hbs clerking, ape lg merayau lg. Hahha. Plg ak suke g tmpat jahit. Bayangkan mereka jahit guna tgn utk patchwork cadar saiz queen lak tu. Awesome kott! Ak punye berkurun x siap2 lg. Hmmph. Pastu ade sorg aunty ni, dia ajar ak cmne nak wat patchwork doggie. Niceeee kot! Tp ak x sempat nak snap. Huhuhuhu.

Then, lps selesai suma, blk UPM. Then, the next week start la hectic punya. X hectic pon, tp sbb kene g hkl (kene pi awai), tu yg berat seket. Haha. X keje lg, dh mcm2 ak ni.. Adoiii. So, dlm minggu last ni, kene hantar 5 short case yg ala2 mini case write up, 1 case write up, satu nursing home report. As usual, perangai ak x ubah dr dulu smpai skrg, mesti wt last minute. Bygkan esok kene hantar, malam ni ak smpat layan movie lg. X start wat pape lak tu. Paroh2. Tobat x nak wat, tp hmm. Ohh my self!

Lastlyyyy, ade exam. Entahla pasai apa, ak bace dua page kat dpn ja, berazam nak bgn awal keesokan hr, tp terlajak. Kah3. Pegilah hall exam dgn kesesalan smbil nak sedapkan diri. Then dorg kate exam 30 minit. Walawehhh. Soklan dia, perghh, keluar soklan questionnaire kot! Pe lg, hentamlah. Alhamdulillah, Allah beri bntuan, byk Dr Umi tolong. Thnkk uu Dr Ummi. Semoga kami semua lulus posting ni. Ameen2 ya rabbal a'lamin.. Lepas ni, x mo main2. **hopefully** selalu cenggini, tp buat lg. The cycle keep rotating.

Okelah, saje je nak menconteng. Dh bersawang blog ni x bukak. Nnt tutorial2 tu in shaAllah akan di update dlm mase terdekat. Tgh cuba nak kumpul gambar. Hehe


Wassalam. :))                              

Saturday, February 15, 2014

D.I.Y. Baju Kurung easy mizzy

D.I.Y. Baju Kurung step. by. step. (PART I)


Salamualaikum wbt. Hari ni sy nak bg tutorial baju kurung. Tp ni gaya cara jahit sy, easy missy punya..haha. xdelah perfect sgt mcm kat butik, tp ade rupa baju kurung :P

pesanan khas utk beginner, guna kain cotton and bukan corak kaki. 


okey, first2 sediakan bhn2 nye dulu: 

  • baju kurung yg korg selesa pakai
  • kain baju kurung 4 meter
  • tali meter kain
  • benang yg matching ngn kain baju
  • gunting kain dan kertas
  • gam biasa
  • surat khabar lama
  • mesin jahit
  • peniti
  • butang baju kurung satu (harganya arrange dlm 10sen-50sen
  • getah kain dalam satu meter setengah depends dgn saiz pemakai baju. :)
bile korg dh prepare suma2 tu, jom start! bace bismillah dulu. pastu jom kite ngukur!


Proses Pengukuran (guna baju kurung yg sedia ada tuhh)
1)ukur labuh baju, means dari atas bahu smpai ke bawah.
2)then, ukur lebar bahu. dari bahu belah kanan ke bahu belah kiri.
3)ukur panjang lengan, dari bahu hingga ke pengkal lengan.
4)ukur keluasan lengan, means lebar lengan. lengan baju kurung sama lebar dari bahu ke pengkal lengan. so senang ja. bentuknye mcm rectangle.
5)ukur pjg kekek (bwh ketiak tu, bentuk mcm segitiga tp sebenarnya segi empat sama sisi aka square)
6)ukur lebar pesak:

  • bwh lengan (selalunya kecik compare dengan kat hujung baju)
  • hujung baju
7) ukur pjg dari pesak bwh lengan hingga ke pesak hujung baju.

***p/s: pastikan setiap ukuran yg korg amik tu lebihkan satu inci untuk savekan bhgn kelim and bhgn jahitan nnt. :)


ni gambar pasal ukurun td. lebih jelas kalau refer diagram ni :)


proses template
bile korg dh amik ukuran suma, jom lukis2 pulak kat atas surat khabar. mcm blueprint la. nnt lepas ni nak jahit, x yah susah2 nak lukis, tekap dan gunting terus! :D

kalau boleh prepare surat khabar yg lebar, so x yah gam sgt nak jadikan besar mcm paper harian metro ka... ^^

1)ok, first kite lukis dan gunting surat kabar berdasarkan ukuran no (1) dan (2).



nah, bentuknye mcm rectangle. abaikan bentuk leher, tu lain cite. nnt sy terangkan yg tu.

2)ok, now kite buat bentuk lengan pulak. ikut ukuran (3) dan (4).


haa, mcm ni, rectangle jugak.

3)skrg kite wat kekek lak. sblum ni sy ade bgtaw bentuk mcm tiga segi kan?? tp sbnrnya bentuk empat segi, tp sbb dilipat jadilah bentuk tiga segi. guna ukuran no (5).

make sure potong sama sisi ye! 


4) now kite potong bentuk pesak lak. kat sini kite ikut ukuran (6.i) , (6.ii), dan (7).

potong satu ja bentuk ni. nnt sy ajar time nak potong kain nnt.

5)alhamdulillah, dah siap potong suma compartment2, mai kite potong bentuk lubang leher pulak. ni kire asas. nnt len kali nak wat baju blouse ke apa ke, leh guna template lubang leher ni.


ni rupanya. kalau boleh bentuk leher ni potong atas kertas keras sikit. mcm malilakat (?) ke. nnt mudah time proses pemotongan.
tadaaaa! siap pon suma template2 baju kurung. okok. takat ni saja entri ni. nnt next time sy smbg part 2 pulak diy tutorial baju kurung. Biiznillah. Salamualaikum :)

Sunday, January 5, 2014

I.K.H.T.I.L.A.T

Salammualaikum wbt shbt2 di luar sana.
kali ni ak nak post pasal ikhtilat. time scrolled down news feed fb td, terbaca status kwn pasal ikhtilat. GULPP. sentap doe. rasa mcm kene btg hidung sendiri.

""Dalam alam maya tak payah laa nak jaga ikhtilat sangat..Bukannya ada sentuh- sentuh pun.. Takkanlah gurau senda pun salah? Saja jea nak mengeratkan silaturrahim orang katakan.. Takkan setakat main add as friend, follow memfollow tapi tak tegur buat apa, betul tak? Kenalah tegur menegur untuk merapatkan ukhwah. Kita hidup biar ramai kawan bukannya ramai lawan.

Ohh sungguhku terkedu tanpa kata. *Sesak nafas kejap* @_@

Kalau diluar kamu seorang yang pemalu .. Berjalan bagaikan memcecah bumi dengan memandang lantai atau tanah demi menjaga pandangan dan ikhtilat namun mengapa ikhtilat di alam maya terabai.. Adakah sebab orang tak nampak kita buat apa ??

Ketahuilah niat tidak pernah menghalalkan cara..

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). [Al- Israa: 32]

Wahai semua yang ada di alam maya ini baik gegadis yang berjubah, berpurdah, dan bertudung litup dan semua juga jejaka- jejaka yang berjubah, berserban, berkopiah dan semua di alam maya ini, jaga tingkah lakumu dan jaga ikhtilatmu.. Manusia memerhatikanmu dan pandangan yang paling penting ALLAH sedang memerhatikanmu..

Ikhtilat bukan hanya perlu dijaga di luar. Bukan hanya ketika bertentang mata saja. Tetapi di alam maya, semasa bersms atau bercakap di telefon juga.. Apa guna kamu berpakaian sunnah yang membanggakan sehingga ada yang menyanjungmu, tetapi suruhan Allah Yang Satu ini tidak kamu pedulikan.,

Ingat.. Ikhtilat harus dijaga di mana sekalipun.. Formula penting untuk jaga ikhtilat ialah berurusan ketika perlu dan penting sahaja andai ia membuatkan kamu lagha sila hentikan perbuatan itu..

Terasa bagai nak pengsan dengan post nie.. Alhamdullilah Allah sedang sentapkan iman.. InsyaAllah apa yang ditaip peringatan untuk diri sendiri jua.. Tegur kerana sayang.. Biznillah~~""


  


Apa itu IKHTILAT ?

Bahasa
Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya.
Istilah Syariat
Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan, berkomunikasi dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti ini?
Adakah percampuran wanita dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?
Jawapannya ialah; Tidak , secara pastinya tidak.
Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah HARUS, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita asalnya adalah HARAM.
petikan ni diambil dari : wanfauzi.com/definisi-ikhtilat-hukum-menurut-syara/  
bolehla pergi laman web tu kalau nak taw lebih mendalam. :)))

Kalau korg sebelum2 ni bergaul bebas ngn berlainan jantina, so lepas ni apa kata cuba jaga ikhtilat.. kalau x boleh zuuup terus perfect, kite try seket2 dulu. mula2 korg hanya berckp ngn kwn yg berlainan jantina bile perlu ja... kalau xdek hal penting, x yah msg.. lepas tu, kalau ade prob, try to solve it with kwn2 yg sama jantina dulu. kalau gurl2 dgn gurl2..kalau guys dgn guys... then, kalau x leh solve jugak, baru boleh bwk berunding dgn kwn yg berlainan jantina. then, time tgh ckp2, try ngelak guna suara2 yg lembut2 ni, nak2 kaum hawa... cuba guna suara biasa, not to soft, and not to rough, ok?? :) and try to avoid guna bhs kegedikan (itew, lettew, owang etc etc), biasalah... kalau ngn kwn2 gurl2 mmg guna bhs gedik2, suara lmbut2...tp jgn guna dgn guys ea..nak2 kalau dorg tu bukan mahram kita! :) apa2 pon, try cuba ubah tabiat lama seket2, nnt lelama tu in shaa Allah x rasa janggal. make a better day than yesterday!

p/s: Sejujurnya...ak rasa ak x jaga ikhtilat, nak2 dlm fb tuhhh... hurrm. in shaa Allah akan ku improvekan diri lepas ni. ^^



tu ja ak nak post takat ni. as salam 

Sunday, December 1, 2013

ALAM BARZAKH

ALAM BARZAKH. 

Setiap nyawa di dunia ni pasti melalui saat sakratul maut, 

Meninggalkan semua ahli keluarga, sahabat andai mahupun harta, 

Bersendirian di dalam alam barzakh sehingga hari kebangkitan,

Untuk dihisab pada Hari Perhitungan,

Sudahkan kita bersedia mengahadapinya?

Cukupkah amalan kita?

Adakah kita sudah bertaubat dengan dosa kita yang lalu?


Minggu lepas, terdapat satu ceramah, "MENANTI DI BARZAKH"
Allah.... sungguh gerun dengar tajuk ni. 
Semasa di barzakh kelak, ianya merupakan satu alam yang lain....terpisah dari dunia ini. Keseorangan tanpa ahli keluarga, disoal oleh para malaikat munkar dan nakir. Hanya AMALAN kita yang mampu menjawab soalannya.... amalan. ya AMALAN.  

Tiga amalan yang tidak akan putus walaupun kita sudah meninggal dunia:
1)sedekah jariyah
2) Ilmu yang bermanfaat
3) Doa anak yg soleh
Jom kita bermuhasabah sama2, pernahkah kita membuat ketiga2 amalan ni sepanjang hidup kita?? 

Apa yang disampaikan oleh Ustaz, Alam ni totally different n separate from dunya... Jadinya, kita tidak akan dapat bertemu mereka yang sudah pergi....

Antara2 persoalan yg sering kita dgr:

 "Kalau saya mimpi org meninggal  cemana??" 
-Mimpi tu bukanlah dr roh yg anda pernah kenal, tp mungkin ia boleh jadi petunjuk dari Allah.

"Kalau saya nampak bayangan org meninggal pula??"
-Ianya bukanlah roh tersebut, tetapi qiran (jin yang mendampingi diri kita)...

"Kalau dalam YouTube tu ade letak vid suara2 dalam kubur??"
-Suara tu bukanlah dari ahli kubur tu sendiri, tetapi mungkin etunjuk dari Allah. Kita tidak dapat mendengar atau melihat mereka yang sudah pergi. Namun mereka dapat mendengar suara kita. Oleh itu, jika kita tgh lalu kwsn kubur, sebaiknya kita memberi salam kubur :

"Assalaamu alaikum Ahladdiyaar minalmu minin walmuslimin, wa Innaa Insya Allah Lalaahiquun, As alullah lana wa lakumul aafiah.." (Salam sejahtera atas kalian wahai penduduk penduduk dari Mukminin dan Muslimin, Semoga kasih sayang Allah atas yang terdahulu dan yang akan datang, dan Sungguh Kami Insya Allah akan menyusul kalian) (Shahih Muslim hadits no 974, 975, 976). Hadits ini menjelaskan bahwa Rasulullah saw bersalam pada Ahli Kubur dan mengajak mereka berbincang-bincang dengan  ucapan "Sungguh Kami Insya Allah akan menyusul kalian". 


"Haram ke muslimat menziarah kubur?"
-Tak. Malah ianya harus. Sebaiknya muslimat hendaklah menjaga auratnya dengan sempurna.

"Boleh ke muslimat pakai kain, sebab takut nnt ahli kubur nampak dari bwh??"
-haha. kan sudah dibilang, mereka berada di alam lain. kalau penggali kubur ye lah..kekeke (gurau2)

" Boleh ke muslimat yang tgh dtg haid pergi ke kwsn kubur?"
Boleh. tiada masalah. melaiknkan masjid, muslimat yg tgh haid tdk digalakkan duduk di dalam masjid.


Haa,, terjawab x persoalan korg selama ni.. ni apa yg dijawab oleh Ustaz kelmarin semasa ceramah... 

Sampai sini ja entry hr ni. In shaa Allah, kalau ada masa lg, nnt akan ku update lg ye! :)

Salammualaikum.










Saturday, September 7, 2013

National Ibnu Sina Conference & Enhancement (NICE 2013)

Assalamu'alaikum wbt eberibadiih!

Kelmarin dulu, I ada join satu program under papisma Terengganu ni, program NICE 2013. NICE ni stands for National Ibnu Sina Conference & Enhancement. Rasa2 dari namanya, program ni pasal apa yer?? Sbnrnya program ni bertujuan utk melahirkan profesional kesihatan dan perubatan yang berkeupayaan menjadi penyambung lidah dakwah.

As we always know, dakwah ni merupakan amal yg plg utama. Melalui dakwah, Islam dpt tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Melalui dakwah juga, Islam dpt diwariskan drpd satu generasi ke generasi yg lain dan menjadikannya hidup di sepanjang masa. X semestinya pendakwah tu di kalangan ustaz dan ustazah. Semua muslimin dan muslimat juga boleh jadi pendakwah. I teringat kata2 naqibah, x perlu hafal kesemua hadis baru nak jadi penyampai dakwah. the main point here bukannye kite jgn hafal hadis, tp semua muslim itu sendiri boleh jadi seorg da'ie (aka pendakwah) as long uolls deliver the good things.

OK, kite berbalik kpd topik utama, NICE 2013.. Program ni rata2 disertai oleh pelajar2 kesihatan spt perubatan, pergigian dan farmasi..even fesi program ni pon terdiri drpd HO and MO... perghh, rase mcm kecilnye diri ni nak banding dgn sahabt2 baru yg kbykannya studi kat oversea mcm negara timur tengah, india, ireland.. suma muke cerdik2 ja.. to be honestly, rasa mcm diri ni zero, dok tahu mende.. nak2 bile dgr dorg ni berhujah.. T.T Alhamdulillah, spt rumate ksygan I bgtaw, bile join prog ni, baru tahu langit tu tinggi ke rendah.. rase rendah diri bile duduk di kalangan mereka2 ni... wahai shbt2 di luar sana yg amik medik,, don't riak. medik bukan bidang utk berbangga with urself. medik need a lot of sacrifice. (ok, tu lain hr kite citer pasai ni ye)

ape yg bestnye pasal program, we know about ourselves deeply. sbb pe? time prog ni, xde pon fesi disiplin yg nak arah kamu itu ini. u're what u're. kalau korg ni mmg jenis punctual,, mmg korg akan follow the schedule tu on time. cthnya time qiammulai yg start pd pukul 4.30... boleh je x nak g, sbb xde org nak marah. Tp bile tgok org lain berpusu2 pegi, n korg still kat atas katil terlentang...ape korg rase? so, secara automatiknye, diri ni mcm dilatih..walaupun agak liat jugak...hehehe.

and the important thing, i dpt banyak sgt kenalan baru... rase best sgt2..tp bile nak pisah tu, ya Allah, sedeh kot.. mcm dh kenal dorg ni lama ja, padahal baru ja 2 hari... time prog ni berjalan, kiteorg diberi task di mana kene salin nama,alamat,no phone, email n tmpat study  bagi 20 kenalan baru... mule2 tgok kertas form tu, perghhh..mcm malas pon ye..iyelah..dh mcm time orientasi first2 masuk U dulu.. ingtkan x nak wat dah, dok kutip tandatgn senior... tp this time rase lain, sbb kite bukannya just dtg, amik tandatgn, tp bile nak minx tu, ofkos la tnya dok mana n all that..secara x langsung,, mmg kenal dorg ni betul2..  ^^


meet my new fwen, ain dr kelate :)

akk amarlina,, dr group arba'ah

ahli2 group arba'ah yg mantop!

shbt2 upm bersama kak su :D

 n satu lg :P

anisah n mek we! hehe


k2, malas dh bebel pjg2, pengisian prog NICE 2013 tu, i akan bincang dlm new n3 nnt ye! as salam, chowww...


Tuesday, September 3, 2013

intro~~

assalamu'alaikum wbt everyone!
here is my first n3 for my blog! (geli pulop speaking omputih) :P

sebelum2 ni, asyik usha2 blog org, tetibe rase nak nuliih jap.. to be honestly, i'm not good at writing. everyone that close to me know that. (tgok tu, grammar bersepah2, tp gatai jugak nak nuliih) ok,, itu aje. as salam. Chowww~