Monday, August 10, 2015

Buat kaum Hawa!

Satu Soalan Buat Hawa.
Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.

Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.

...Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.

Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.

***

Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?

Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?

Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?

Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?

Baca ni ;

Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.

Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?

Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~

"Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT"

dan.......

Dari Anas bin Malik r.a., dia berkata,kami bertanya," Ya Rasulullah, kami tidak akan mengamalkan semua kebaikan dan kami tidak akan mencegah kemungkaran sebelum kami meninggalkan semua kemungkaran." Maka Nabi saw. bersabda,"tidak, bahkan serulah kepada kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan semuanya,dan cegahlah dari kemungkaran,meskipun kalian belum meninggalkan semuanya."......

sesungguhnya....kutahu diriku ini masih tidak sempurna......masih byk lg melakukan dosa.......tetapi.....sbg seorg Islam......mencegah kemungkaran itu wajib.......

dan......ingatlah.......

"Agama Islam ialah agama yang MENGAJAR penganutnya MENJAGA TEPI KAIN ORANG....tetapi......Agama Islam BUKANLAH agama yang mengajar penganutnya MENJAGA DALAM KAIN ORANG"........fikir-fikirkanlah........:)

Dipetik dr nota nota lama. :D

Saturday, August 8, 2015

Art Of Healing~

Salamualaikum wbt.

Lama x bebel kat sini. Rase mcm dh berhabuk dh blog ni. Tetibe hr ni nak conteng seket seket.

Smlm sembang ngn sedara, dia ni baru balik dr klinik. Then, dia nasihat la,,

"Nnt if dah jadi doktor, jgn wat muka masam and malas nak layan. Org yg sakit pon xde mood xde smgt nak sihat. Pastu jgn la treat gitu gitu ja, treat betul2. Jgn ingt suma org pi klinik ni nak dptkan mc (memandangkan dia pi klinik kat universiti dia, so maybe doktor kat sana ingt student dtg sbb nak dptkan mc and malas g kls)."

Hmm

Betul gak, sbb melalui pengalaman ak sendiri pon, kdg2 pi klinik tanya itu ini, pastu zapp bg antibiotik, and mcm2 punya ubat. But, bukan semua doktor mcm tu, ade ja yg mmg prihatin and concern kat patient.


"THEY DONT CHOOSE TO BE SICK, BUT WE CHOOSE TO BE A DOCTOR"

haa, mmg kdg2 tu ase penat dgn mcm2 karenah pesakit. Tp ingt, dorg tu sakit. And we are responsible to treat them. Kalau kite sakit pon kite ade karenah sendiri an. Perkataan plg sesuai, SABAR. Give them all best we can. Allah know the best, that's why He put us in this field.

Ni peringatan utk ak sendiri and sesapa dlm bidang kesihatan. Moga nawaitu kite lillahi ta'ala. In shaa Allah. :)