Sunday, January 5, 2014

I.K.H.T.I.L.A.T

Salammualaikum wbt shbt2 di luar sana.
kali ni ak nak post pasal ikhtilat. time scrolled down news feed fb td, terbaca status kwn pasal ikhtilat. GULPP. sentap doe. rasa mcm kene btg hidung sendiri.

""Dalam alam maya tak payah laa nak jaga ikhtilat sangat..Bukannya ada sentuh- sentuh pun.. Takkanlah gurau senda pun salah? Saja jea nak mengeratkan silaturrahim orang katakan.. Takkan setakat main add as friend, follow memfollow tapi tak tegur buat apa, betul tak? Kenalah tegur menegur untuk merapatkan ukhwah. Kita hidup biar ramai kawan bukannya ramai lawan.

Ohh sungguhku terkedu tanpa kata. *Sesak nafas kejap* @_@

Kalau diluar kamu seorang yang pemalu .. Berjalan bagaikan memcecah bumi dengan memandang lantai atau tanah demi menjaga pandangan dan ikhtilat namun mengapa ikhtilat di alam maya terabai.. Adakah sebab orang tak nampak kita buat apa ??

Ketahuilah niat tidak pernah menghalalkan cara..

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). [Al- Israa: 32]

Wahai semua yang ada di alam maya ini baik gegadis yang berjubah, berpurdah, dan bertudung litup dan semua juga jejaka- jejaka yang berjubah, berserban, berkopiah dan semua di alam maya ini, jaga tingkah lakumu dan jaga ikhtilatmu.. Manusia memerhatikanmu dan pandangan yang paling penting ALLAH sedang memerhatikanmu..

Ikhtilat bukan hanya perlu dijaga di luar. Bukan hanya ketika bertentang mata saja. Tetapi di alam maya, semasa bersms atau bercakap di telefon juga.. Apa guna kamu berpakaian sunnah yang membanggakan sehingga ada yang menyanjungmu, tetapi suruhan Allah Yang Satu ini tidak kamu pedulikan.,

Ingat.. Ikhtilat harus dijaga di mana sekalipun.. Formula penting untuk jaga ikhtilat ialah berurusan ketika perlu dan penting sahaja andai ia membuatkan kamu lagha sila hentikan perbuatan itu..

Terasa bagai nak pengsan dengan post nie.. Alhamdullilah Allah sedang sentapkan iman.. InsyaAllah apa yang ditaip peringatan untuk diri sendiri jua.. Tegur kerana sayang.. Biznillah~~""


  


Apa itu IKHTILAT ?

Bahasa
Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya.
Istilah Syariat
Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan, berkomunikasi dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti ini?
Adakah percampuran wanita dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?
Jawapannya ialahTidak , secara pastinya tidak.
Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah HARUS, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita asalnya adalah HARAM.
petikan ni diambil dari : wanfauzi.com/definisi-ikhtilat-hukum-menurut-syara/  
bolehla pergi laman web tu kalau nak taw lebih mendalam. :)))

Kalau korg sebelum2 ni bergaul bebas ngn berlainan jantina, so lepas ni apa kata cuba jaga ikhtilat.. kalau x boleh zuuup terus perfect, kite try seket2 dulu. mula2 korg hanya berckp ngn kwn yg berlainan jantina bile perlu ja... kalau xdek hal penting, x yah msg.. lepas tu, kalau ade prob, try to solve it with kwn2 yg sama jantina dulu. kalau gurl2 dgn gurl2..kalau guys dgn guys... then, kalau x leh solve jugak, baru boleh bwk berunding dgn kwn yg berlainan jantina. then, time tgh ckp2, try ngelak guna suara2 yg lembut2 ni, nak2 kaum hawa... cuba guna suara biasa, not to soft, and not to rough, ok?? :) and try to avoid guna bhs kegedikan (itew, lettew, owang etc etc), biasalah... kalau ngn kwn2 gurl2 mmg guna bhs gedik2, suara lmbut2...tp jgn guna dgn guys ea..nak2 kalau dorg tu bukan mahram kita! :) apa2 pon, try cuba ubah tabiat lama seket2, nnt lelama tu in shaa Allah x rasa janggal. make a better day than yesterday!

p/s: Sejujurnya...ak rasa ak x jaga ikhtilat, nak2 dlm fb tuhhh... hurrm. in shaa Allah akan ku improvekan diri lepas ni. ^^



tu ja ak nak post takat ni. as salam